Sunday, 9 October 2011

PERKARA PALING ANNOYING

Setiap orang dari kite mesti ade perkara yang kite paling tak suka. kita akan rasa tak tahan rase cam nak marah, nak maki nak mencarut semua. ok perempuan tak baik mencarut. tapi, kita tak mampu nak menghalang perkara tuh dari berlaku. itulah definisi aku mengenai annoying. haha

Bia aku explain lebih lanjut. rumah aku dengan tempat kerja memang jauh. kena lalu jalan yang 24/7 always sibuk. mungkin disebabkan faktor jalan tuh hanya ada dua lane dan banyak kenderaan perlbagai saiz yang lalu situ. ini akan menyebabkan jammed apabila ada accident atau kenderaan mati di tengah jalan kerana secara otomatiknya jalan akan jadi 1 lane jek. 

Paling annoying adalah apabila semua manusia akan memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat accident tersebut. kalau accident beso lagilah lama mereka termenung kat situ. pehal? kau tahu tak aku nak masuk kerja awal. kang datang lambat kena perli ngan seniour!  Serta merta aku akan dijerkah di situ. aku nak datang kerja dengan mood yang baik. aishh kepada semua, aku harapkan kalau ada accident tuh korang tak payah lah nak sibuk dok tengok lama-lama. kalau korang nak tolong takpe gak. tapi tak payah lah susah-susah nak tolong kalau dah nampak ada polis atau ambulans kat situ bialah mereka buat kerja mereka ye. kasihanilah kami yang nak pi kerja nih. tq

aku tahu entry aku bosan. tapi peduli ape. aku malas nak tepek gambo. 

Friday, 9 September 2011

Hospital Sultan ismail, Johor Bahru

ok hari ni aku rajin. maka aku telah ambil keputusan untuk update blog. Hari ni aku nak cerita pasal Hospital Sultan ismail, JB iaitu tempat aku bekerja sekarang. Sedar tak sedar aku dah kerja sebulan kat hospital nih. Kadang-kadang rasa macam tak percaya je yang aku dah kerja sebab life aku bile dah kerja ni sama je macam student dulu, sungguh membosankan. Jadi, bagi mengelakkan aku melalut terlalu panjang bia aku cerita sikit pasal hospital nih. Kebaikannya. Keburukan watpe nak cite kan? Tak best la.

Ni dia HSI, JB. Cantik an? haa
Hospital ni diwujudkan dalam tahun 2006. Baru setahun jagung lagi hospital nih jadi tak ramai orang kenal sangat. Hospital ni terletak kat Taman Mount Austin, kat area tebrau, bersebelahan je dengan Jusco Tebrau ngan Tesco Tebrau. Haa, kalau kau gi tengok wayang kat jusco tuh jangan lupe lah kat aku yang tengah bertungkus lumus kerja kat sebelah tu. Hehe.

Kebaikan :

1. Exterior  - ok hiasan luaran atau pun bile kite nampak dari luar, hospital nih nampak macam gah gitu. Yelah, bangunan baru, nampak rapi, tersusun, jadi orang ramai punya expectation kat rawatan hospital nih memang tinggi lah. Bak kate best friend aku, Cik Reen, first impression tuh penting. Ahaa. Tapi, hiasan dalaman hospital nih pun not bad gak sebenarnya. Semuanya serba-serbi baru. Jadi, kalau kau nak masuk hospital nih pun kau tak rase segan sangat lah sebab keadaan nya yang macam ala-ala hospital swasta je.

Hospital nih siap ada Taman Herba kau. Ha kalau nak kenal herba boleh gi situ ok

2. Aircond - ok hospital nih memang fully air - conditioned. Jadi kau tak payah susah-sudah nak bawak kipas segala bagai kalau kau ke orang terdekat kau ke kene admit masuk ward. Dan kau pun tak payah nak emosi memanjang kalau kau kene tunggu giliran lama ke sebab aircond ni yang akan menyejukkan hati kau kalau kau punya servis lambat. Pandai tak hospital nih psycho kau? Ahaa.

3. Fully IT - ok hospital nih jugak adalah dalam kategori canggih sebab sistem di sini adalah fully IT. Susah kau nak nampak staf-staf kat hospital nih dok tulis-tulis kat kertas sebab semuanya diorang gunakan laptop atau komputer untuk rekodkan segala documentation. Jadi, bile kau dapat rawatan kat sini kau akan rasa macam kat dalam cite i-Robot atau dalam cerita orang putih yang canggih-canggih lagi. Ya, aku tahu contoh aku agak ketinggalan zaman tapi aku tak boleh nak pikir contoh lain.

4. Tempat parking - ok komponen nih memang penting ok. Kalau kau pergi hospital yang parking dia susah gile nak dapat aku pasti kau akan rasa macam tensen gile. Yelah, family kau sakit kat dalam tuh pastu parking susah gile nak dapat, kalau dapat pun jauh gile. Tensen tau? Kau tak caya nanti kalau family kau masuk hospital tapi parking kat situ tak banyak time tuh lah kau akan ingat kata-kata aku nih.

5. Yang paling penting sekali, hospital nih belum dipenuhi dengan pesakit sangat dia tak macam hospital sultanah aminah yang kat bandar tu. Yelah kawasan ni kan masih baru lagi. Jadi, ramai gak orang yang memilih untuk dapat rawatan kat sini disebabkan rawatan yang akan diberikan lebih cepat kerana kurangnya waiting list. Ini betul sebab ramai ibu-ibu memilih untuk bersalin di hospital ni sebab kalau bersalin kat sini semua orang akan beri perhatian kat kau. Cube kau gi bersalin kat HSA, mau tak kau kena bersalin sorang-sorang sebab staf lain kena attend patient yang lain yang ramai tu. Em kau pikirlah sendiri kau dah besar kan? Ahaa.  

6. Haa lagi satu aku terlupa, hospital nih adalah hospital mesra ibadah. Tiap-tiap tingkat dalam hospital ni ada surau jadi jangan gusar jangan risau nak solat mana, sebab di sini banyak gila surau. 

Ok setakat tu saja lah info yang aku dapat kongsi tentang hospital nih. tapi, serius masa aku first time kerja sini aku rasa macam perghhh hebat gak hospital nih. Maklumlah dulu aku posting kat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yang buruk tuh jek. Haha. 

OK. see u next entry. Take care. 
*all pics are from google. 





Friday, 12 August 2011

hari ni hari gile

hai semua. assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia. haha poyo. ok setelah seminggu aku menghilang ini adalah kerana aku tengah sibuk mula bekerja sejak 8 ogos yang lalu. ingat tau tarikh keramat tu sebab tarikh tu la tarikh lantikan jawatan aku bagi Jururawat Gred U29. ye aku tau pangkat rendah je. takpelah kita mula dari bawah baru pelan-pelan kayuh naik atas. 

aku dapat penempatan dekat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. mula-mula tuh happy gak sebab ramai budak kolej aku yang dapat sini, hospital baru, parking senang, sister baik, matron tak garang, lif banyak. tapi dah nak dekat 5 hari ni baru aku rase cam perghh mantap keje kat HSI nih. jauh gile lah HSI dengan rumah aku kat Taman Tun Aminah tu. dah la bawak kereta manual. cam nak mati kot tekan clutch dengan jalan ke skudai tuh jammed je manjang. adoii kalau ade bas sure aku naik bas aje. tapi nak buat macam mana nak kena kerja kan? kenalah blaja bawak kereta walaupun agak payah sebenarnya.

tadi je kereta aku dah mati enjin kat flyover ke kipmart, Tampoi tu. gile lah. orang semua dok hon je kat belakang. tapi aku wat muke toye jek. haha pengalaman berharga siot. dan yang paling mantop sekali adalah aku telah ditugaskan menjadi nurse di Dewan Bedah (OT). best kau kata? susah kot kerja dalam tu. dulu aku posting 2 minggu aje kat OT. apa yang aku dapat kat sana? yang aku tahu banyak instrumen nak kena hafal belum macam-macam set dan setting yang aku kena tahu kalau kerja situ. kalau jadi GA nurse (jururawat bius) dengan jaga recovery room ok lagi atau jadi receptionist, aku rasa aku boleh handle lagi la. kalau aku kena srub patient, matilah aku.

korang doakan lah aku selamat ye. aku dah prepare mental aku bahawa aku akan kena mara dengan nurse seniour dan pakar. so, kalau betul-betul aku kena marah jadi aku tak adalah down sangat kan? haish susah betul lah rintangan hidup nih. korang jaga diri ok. kepada follower aku, terima kasih kerana follow blog saya yang ntah pape nih. selamat puase dan selamat berhari raye! haha

Monday, 1 August 2011

semuanya dah selesai

hari ni semua masalah aku ngan borang-borang aku yang mengusutkan tuh aku dah setelkan. Medical check up (dah), surat akuan sumpah (dah), surat setuju terima tawaran (dah print), kwsp (dah register). so sekarang ni tinggal nak beli tudung baru dengan line biru tuh. kak az kata murah je bende tuh 90sen beli kat kedai kain sebab dia kun baju punye. uniform aku guna uniform masa student dulu. uniform tuh memang aku tak pakai lagi. reserve untuk kerja. huhuhu. aku nampak macam semangat nak kerja kan. sebenarnya aku memang tak semangat langsung. 

1) sebab aku dapat kerja kat kawasan johor. bukan aku tak suka johor tapi johor nih especially jb memang banyak meninggalkan kenangan pahit untuk aku. kenangan kene tinggal ngan ex pakwe. first love tuh mane boleh lupa. membe aku kat sini semua tak best. diorang tak sekepala ngan aku. diorang tau nak bangga diri je. hadoi. lagipun aku kan banyak buat jahat mestilah orang sini semua kenal aku (perasan terkenal) menyesal pulak dulu letak johor. kalau aku tahu aku tak tulis johor langsung. 

2) aku terpakse berjauhan dengan encik sayang aku. dia kerja dekat hospital kl. aku kerja kat sini. macam mana nak rapatkan hubungan nih. kl ke jb ambik masa 4-5jam jugak. hadoi penat dekat jalan je. tapi kalau ada jodoh adalah...kalau tak ada nak nanges air mata darah pun tak guna.

ingatkan raya nih nak raya sama-sama ngan dia tapi aku takut pulak aku tak dapat cuti. aku tak kisah sangat dengan raya tuh sebenarnya. kalau budak-budak lain dok memberontak nak raya tapi aku bukan mahukan itu. aku nak dapat kerja cepat sebab aku nak duit. nak beli kereta nak buat breces. nak capai impian aku. duit tu yang penting setakat raya tiap-tiap tahun pun kau raya jugak. so, ape yang nak kecoh sangat? 

maaflah sebab agak kasar di situ. apa-apa pun aku harap sangat aku tak lah dapat hospital yang management die teruk dan sister yang macam hampas. biarlah tempat tuh bizi tak apa tapi bukan dapat orang atasan yang kuat membebel. kita nak kerja lama kat situ bukan macam student dulu akan tukar-tukar wad tiap-tiap minggu. 

aish. rindu nak jadi student. riang ria aje. anyway, see u next entry. bye. 

saya minta maaf...

saya tahu saya loser. saya dah lama tak update blog. jadi apekah gunenye kewujudan blog ini kalau saya tak update kan. mungkin sebab saya tak ada cerita untuk diceritakan, atau mungkin juga terlalu banyak cerita yang nak diceritakan sehingga tak tahu nak mula dari mana. nak buat macam mana saya bukan blogger tegar. even blogger yang tegar pun akan mengalami masa-masa up and down macam nama blog saye nih. saya minta maaf pada semua follower saye (ceh macam banyak sangat jek orang yang follow kaw) kerana saya terpaksa mengecewakan anda semua.

anda pasti tertanya-tanya apakah perkembangan terbaru saya (perasan retis) dengan suka citanya saya memaklumkan saya dah pun diterima bekerja di sektor kerajaan di hospital di kawasan Johor. saya tahu johor besar tapi di mana ya? jawapannya saya sendiri pun tak tahu. saya betul-betul tak ada mood nak mula bekerja. kerana saya terpaksa berjauhan dengan cik sayang saya. aish masa belajar jauh masa bekerja jauh. di manakah jodoh kita, sayang? minta maaf sekali lagi kerana anda terpaksa mendengar luahan hati saya yang agak meluatkan itu.

saya hanya meminta doa restu kalian semua supaya dapat mendoakan kejayaan saya kerana di bulan mulia nih kan bagus kita saling mendoakan. aha. sekian.  

Friday, 24 June 2011

Melaka Trip Day 1

Day 1
Macam yang aku telah hebahkan bahwa aku telah pergi bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah bersama dengan 2 orang BFF aku. Pas habis LJM ngan prom night tu, kitorang pergi keesokan harinya. Kitorang pergi naek public transport je sebab nak feel ala-ala Qi dalam Destinasi Bajet. Hahau. Kang dah keje lain cite ar skang nih baru je student. Eh student ke? Ntahlah. Pape pun perjalanan dimulakan pada seawal jam 11 pagi. Amik bas ke Melaka Sentral dari Terminal One. Tak mahal pun tiketnya cuma RM7.90 sahaja. Kalau naik kereta tak ke kene bayar minyak dan tol bagai total sume mesti lam 100 lebih an? So, jimat. Perjalanan dari Seremban ke Melaka adalah dalam 1 jam. 

Sampai je kat Melaka kitorang gerak ke bandar hilir pun naek bas jugak, cuma berharga RM1 je. Jimat lagi. Sampai bandar hilir tu terus carik hotel pegi check in. Kitorang bermalam kat hotel Sri Pelangi. 2 malam RM200. Mahal ke? Ntahlah aku rasa ok je sebab bilik hotel tuh nice. Tandas pun nice. Makcik dan keluarganya pun sangat-sangat lah nice. Siap bagitahu lagi mana jalan yang best kat area situ. Dapat je check in, trus mandi, tido jap n bersiap untuk keluar.
  
Tempat pertama yang kitorang tuju adalah restoran ape benda ntah kat Pahlawan Walk. Makan asam pedas ikan pari memang terbaik. Nasi dengan air sume total RM8. Hm. Memang bajet. (Cakap dalam nada ala-ala Qi) Then, dah melantak tuh trus lah meneruskan perjalanan ke Muzium Kecantikan. Kitorang masuk time tuh dah pukul 4.30pm. Muzium tuh tutup pukul 5.30pm ye kengkawan tapi dok sibuklah orang penjaga muzium tuh soh kitorang cepat-cepat kuar. Tulah attitude pekerja kerajaan. Pergi kerja lambat tapi balik nak cepat. Takpe lah mungkin dia nak balik cepat sebab ada hal kot (berbaik sangka) Muzium nih not bad jugak sebenarnya. Maklumat yang dia tunjukkan menarik jugak sebab dia bagitahu macam mana orang suku kaum asli kat afrika tuh pakai gelang kat leher, bertatu dengan cara mereka. Bagi kita huduh tapi bagi diorang cantik. Oh ya, masuk muzium nih kena bayar RM2.

Muzium of Beauty. Nilah BFF aku. Kak Ayu n Cik Reen
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke A Famosa. Kubu yang dibina oleh portugis adalah sebenarnya sebuah gereja dan sewaktu peperangan  berlaku, gereja ini terus dijadikan sebuah kubu dan di dalamnya pula terdapat banyak kubur para pejuang portugis namun kesemua mayat mereka telah dihantar ke negara asal mereka sebelum kota ini dibuka untuk dijadikan tempat pelancongan. Ni sume kak rin yang cite sebab aku dah tak larat naik tangga yang berbatu-batu, so aku hanya dok kat tepi tangga tuh menghadap ke selat melaka. Angin sepoi-sepoi sedap kot. Tapi, yang aku sangat pelik kat kawasan A Famosa dan sekitarnya nih memang banyak miaw yang comel-comel. Terutamanya yang kaler kuning memang ramai;. Rasa cam nak bawak balik JB jek. Meh miaw ikut kakak balik johor. Tapi aku tak berani nak amik sebab mak depa dok lah jaga anak dia kat tepi tuh sambil memerhatikan aku. Haha.


kota A Famosa 

Destinasi seterusnya adalah Muzium Samudera. Muzium yang dibina di dalam sebuah kapal yang dimiliki oleh tentera belanda kalau tak salah aku lah. Aku bab sejarah nih memang otak aku susah sikit nak serap. So, masuk dalam kapal nih kitorang memang feeling abis macam tengah berada dalam kapal Black Pearl milik Jack Sparrow. Masuk Muzium nih anda dikenakan bayaran RM3. Puas hati kot sebab suasana muzium dan kapal nih memang best. Dia siap ada muzium ekstra kat bawah tuh dan lagi satu Muzium TLDM. tapi kitorang pergi keesokan harinya sebab dia tutup ofis hour. Sebelum gi muzium samudera nih kitorang sempat lepak dulu kat tepi sungai yang boleh naik River Cruise tuh. Habis je tawaf satu muzium kitorang pun balik lah umah sebab nak rehat. Malam nih kitorang nak keluar gi tengok movie kat Dataran Pahlawan Mall pulak. Tengok cite KL GANGSTER ngan 3, 2, 1 cinta. 

Jack Sparrow n Captain Barbossa
Malamnya pulak, kitorang amik kesempatan untuk pergi naik Menara Taming Sari. Harga nak naik benda nih adalah RM10. Masa untuk berada kat atas tuh adalah 10 minit dan anda dibekalkan dengan muffin dan air kotak. Jadi tak payah nak sibuk bawak makanan luar pastu buang merata tempat. Memang cantik pemandangan malam tuh. Setinggi 150 kaki (aku men bantai je nih) berada di angkasa dan melihat pemandangan serata Melaka memang best kot. Satu perkataan je. Indah. Dah habis tuh teruslah gi dinner kat Old Town White Coffe sebelum masuk wayang. 

ni kat Menara Taming Sari. aku tak amik gamba. sebab aku gayat. =.=
Cita KL Gangster tuh aku dah tengok dulu kat The Curve ngan encik Khairul Azhar tapi kali nih nampak lebih real lah sebab aku bawak spec. Hau. Lepas tuh tengok midnight show punye. Lagi la feel. hehe. Cita 3,2,1 cinta pulak, not bad. Dia berjaya buat aku tak mengantok walaupun time tuh tengah malam pukul 12 malam waktu aku tido sepatutnya. Pelakon dia sume pandailah bawak watak. Farid Kamil yang ensem. Piere Andre yang serabi bertukar ensem. AHa! Boleh lah tahan. 

Habis muvee trus je pulang ke hotel. Jarak hotel dari Dataran pahlawan bukan jauh pun. 10 minit je jalan. So, nanti kita cerita pasal day 2 pulak k. bye! 

*aku tatau lah nape aku rase kamera aku punye quality cam tak ok jek. =.= kusut

kerjaya dalam bidang kejururawatan

sewaktu aku sedang menghasilkan entry ni aku tengah dok bersantai-santai kat katil empuk di dalam salah sebuah hotel di Melaka. Semalam dah jalan-jalan kat satu bandar Melaka nih. Malam tuh siap boleh layan midnight movie KL GANGSTER ngan 3, 2, 1 CINTA. Perangai membalun 2, 3 wayang tetap tak boleh dibuang walau dimana pun aku berada. tapi hari ni aku bukan nak buat review muvie ataupun nak bercerita pasal trip aku gi Melaka nih. Aku just share pengalaman aku sepanjang masuk dalam bidang kejururawatan. Hal ini adalah kerana seorang adik kepada BFF aku sedang dalam dilema sama ada ingin melanjutkan pelajaran jadi jururawat atau mengambil course buangan di universiti.

Aku bukan nak membangga diri tapi aku rasa sangat bersyukur tuhan masih sayangkan aku dengan menentukan masa depan aku dalam bidang kejururawatan nih. Aku tak tipu tapi market nurse ni memang tinggi. Walau kat ceruk mana kau berada dalam dunia ni, people will still needs u. Contohnya, kalau kau dah bosan kerja Malaysia nih, kau amik pengalaman bak 7 - 8 tahun di Malaysia, then kau pergilah kerja kat Arab ke kat Mesir ke, gaji kau dah boleh cecah RM 10 - 15K dalam sebulan. Kalau tak nak pergi jauh pun join je hospital swasta ke gaji kau tetap tinggi. Sekarang kan ramai orang makan banyak lepastu sakit dok lah merengek-rengek kat hospital tuh. Jangan risau kerja kau memang takkan terjejas.

Mengenai trend remaja yang berebut-rebut nak masuk university, nak sambung study sampai peringkat tertinggi, aku takde masalah pun dengan semua tu. Memang niat kalian nak sambung blajar sampai PHD aku sangat galakkan tapi kalau ada peluang lebih baik di depan mata, peluang untuk korang sambung belajar tanpa memerlukan ibu bapa untuk mengeluarkan sesen pun untuk korang sambung belajar nape korang nak sia-siakan peluang tuh? Honestly kerja kerajaan nih bukan best pun. Tapi adalah satu pelaburan masa depan yang paling baik sekali. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Macam lecturer aku penah cakap masa last day kitorang jumpa dia. Dia reveal yang dia sendiri masuk nursing nih memang sebab terpaksa padahal dulu dia dapat course pendidikan. Tapi bila sekarang nih, umur da semakin meningkat, husband dia mula sakit-sakit barulah dia rasa nursing nih memang sangat bermakna. Banyak pengetahuan yang kita dapat sedangkan layman tak dapat. Bukan mudah tau nak dapat perkhidmatan di hospital malah korang kena bayar mahal kalau pergi hospital swasta. Tapi dengan menjadi seorang nurse, korang dapat buat semua perawatan tu sendiri di rumah. Amacam? Haha.

*entry nih dah dihasilkan minggu lepas masa aku dok bercuti kat melaka tapi sekarang baru sempat post. Broadband baru bayar. Hehe. See u next entry.

Tuesday, 14 June 2011

MERDEKA!!!

Akhirnya saat yang aku nanti-nantikan daripada semester 1 telah termakbul jua. Exam lembaga aku dah selesai. 100 soalan aku dapat habiskan menjawabnya. Jaya tak jaya tuh belakang cerita kot. Yang penting pasnih duduk rumah boleh bangun lambat boleh makan banyak-banyak, boleh lenjan tengok tibi dari kol 6 pagi sampai 6 pagi besoknya. Huhu. Heaven! Boleh lah menggemokkan badan dan belajar masak mase cuti ni nanti. Mengenai panggilan kerja tu aku tak tau lah bila aku akan dipanggil. 

Ada rumors cakap sebelum raya ada yang cakap selepas raya. Tak tau lagi sebab kerajaan memang sedang mengalami kegawatan. Mungkin kita semua tak perasan tapi tanyalah orang-orang yang dah kerja. Terutamanya mak ayah kita mesti mereka sedang merasai kegawatan tuh. Jadi bawaklah berjimat cermat. Jangan membazir sangat. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Mengenai konvokesyen pulak, puan kata somewhere bulan 12 nanti. Tapi korang nak tau kat mana? Kat Ulu Kinta, Perak. HAH! Bukan maen nganga lagi budak kelas aku. Haha. Lawak lah korang nih. Jauh gila 
kot. Aku rase last aku gi Perak mase aku kecik kemetot je dulu mase ikut ayah aku tengok tapak projek. Aku doalah time tuh aku dah dapat kerja aku leh support mak ayah aku gi sane. Boleh bercuti sekali an? Eheh. Takpe kita lupakan je dulu mengenai konvokesyen tuh yang rasenye jauh lagi masenye. 

Besok adalah kitorang budak 2/2008 punya malam dinner. Prom night la. Temanya "Glamorous Masquarade Party". Amacam gempak tak? Mestilah gempak. Budak 2/2008 memang sentiasa gempak kot. Haha. Baju prom ngan mask aku sume dah settle. Just nak datang untuk makan, enjoy dan dapat hadiah jek. Yeay! Bestnya! tak sabar rasenye! Hehe. Nanti aku update balek k. Bye!

*Hari Jumaat nih nak gi bercuti kat Melake ngan BFF. Tak sabar rasenye. ^_^


Monday, 13 June 2011

exam Lembaga Jururawat Malaysia

esok 15 Jun 2011 adalah tarikh yang paling bersejarah dalam hidup aku kerana esok adalah exam Lembaga Jururawat Malaysia ataupun Nursing Board Exam. Exam nih same je macam exam-exam lain kat dunie nih. cumenye ia adalah sangat penting untuk aku sebab kalau aku tak lulus nih segala pengorbanan, titik peluh keringat darah selama aku duduk kat seremban nih akan sia-sia sahaja. Bak mencurah air ke daun keladi. Boleh?? Pentinglah. Sume exam yang akan kita lalui adalah sangat penting bagi kita sume. Jadi aku sangat berharap korang semua akan berdoa same-same ngan aku. To all my batch 2/2008 seramai 71orang yang bakal menjadi misi-misi yang cun, buat yang terbaik ok. semoga segala dugaan dan cabaran yang kita lalui sepanjang latihan ni dapat terbayar dengan kejayaan kita. All the best! love u all !

Gamba nih masa kursus induksi minggu lepas. Kursus bagi melayakkan kita masuk ke dalam sektor kerajaan. wa cakap lu kursus nih memang meletihkan sebab assignment memang bertubi-tubi. tapi satu benda yang aku belajar dalam kursus nih ialah kerajaan banyak habiskan duit sebenarnya kepada perkembangan negara. 

Kita kena taat kepada kerajaan kita. Mungkin ada anggap kerajaan nih songlap duit rakyat. bukan kerajaan yang songlap duit tapi individu di dalam kerajaan tuh sendiri yang tak amanah. 

Pengambilan pekerja dalam sektor kerajaan dah dimansuhkan setakat nih. rugilah sesiapa yang sangat beriya nak keje dengan kerajaan. bersyukurlah dengan apa yang anda dah dapat sekarang.

Sunday, 29 May 2011

muvee marathon

dah lame tak buat keje macam nih...
tengok movie sampai 3 movie sekaligus dalam sehari....
dulu selalu gak tapi disebabkan oleh kegawatan ekonomi sekarang nih tak dapek lah nak buat selalu....
aku ngan cik reen kuar dalam kol 11 gitu...gi breakfast then gi beli tiket...
mula-mula tengok cerita KARAK the movie...





antara pelakonnya ialah SHAHIR AF, dan sebagainya...
aku tak concentrate mase dia tayangkan nama-nama pelakon tu...pelakon baru kot...
bagi aku cerita dia biasa je...seram pun boleh tahan lagi lah...
semua budak kolej aku dok heboh-heboh je kate cerita ni best..
mungkin taste aku lain kot daripada diorang....
okeh, cerita kedua pula ialah....



cerita nih agak mengantukkan di bahagian awalnya...
aku sempat tido kot...tapi bile aku kuar je watak mermaid nih terus aku celik...
boleh blah tak?



mermaid dan paderi....haha lepas je watak mermaid kuar terus cerita menjadi menyeronokkan...
jangan disangka mermaid cantik dan sexy ini tidak garang....haha
not bad lah cerita nih...kalau siapa peminat hard core cerita nih mesti tengok...
ok the last movie for the day is....



cerita nih best...lawak dan menghiburkan....
pada sesiapa yang suka haiwan berbulu dan benda-benda comel pasti akan teruja tengok cerita nih....
PO, panda gemok nih sangat comel masa dia kecik-kecik...
tak rugi kot kalau tengok cerita nih...tengok ngan family pun boleh....
nak tengok ngan pakwe pun wa no hal...huhu

balik je hostel terus rasa penat gilak...haha tapi takpe...sangat puas...
tinggal 17 hari je lagi nak duduk dekat seremban nih...
apa-apa pun aku akan tetap rindukan kawan-kawan aku kat sini...
walaupun kawan aku tak banyak tapi kawan aku yang tu lah jugak yang akan aku rindukan...
aish...life must go on naney....
see u again...bye

Tuesday, 12 April 2011

DEWAN BEDAH

dah nak dekat 2 minggu posting kat dewan bedah atau OT (operation theatre)
mule-mule tuh rase bengang sangat sebab kene dok kat recovery room(RR) selame seminggu...
dok situ bukan buat ape-ape pon sebenarnye...
kalau keje pagi ok lah jugak...
tunggu patient datang...
bile patient da datang...tanye patient ikut checklist yang ade....
"sape name encik, encik puase dari pukul berape, encik de pakai jam tangan ke gelang ke rantai ke gigi palsu ke contact lense ke, tanye encik nak buat pembedahan kat mane, bahagian kiri ke kanan ke, consent (surat kebenaran bedah) nih sape yang sain"
sume nih kena tanya lah bagi mengelakkan komplikasi kepada pesakit tuh semase pembedahan berjalan mahupun selepas pembedahan dijalankan...
bila patient dah keluar dari room atau dah habis pembedahan, patient akan dimasukkan semula ke RR nih...
kite kenelah observe dia untuk lebih kurang setengah jam...
then, bile patient stabil barulah hantar patient ke wad...
series bosan weh wat keje cam nih selame seminggu...
jiwe melonjak keras nak tengok operation kat room...

jadi minggu kedua nih kitorang sume pun dibenarkan masuk ke dalam room...
yang membosankan room nih pulak...
dye sejuk gile baben...suhu 19 darjah celcius...
menggigil weh...sebab kite bukan wat keje ape3 pon...
just diri kat tepi n observe jek...
kalo macam surgeon tuh bolehlah nak berpeluh barang 2 3 titik an?
pastuh kalo yang kes multiple injury tuh sure amek mase lame nak siap...
dalam 6-7 jam malah lebih barangkali...
tak tahan sejuk akhirnye pergi ke RR lah jugak yek....

tapi, kalau ditakdirkan aku dapat posting ke OT mase aku keje nanti...masak lah jugak aku....
nak hafal segale jenis instrument yang beribu tuh...
aduhai...baek lagik keje A&E kot...
tapi ntah lah...kite tak tahu ape yang tuhan dah tentukan untuk kita kan?

lagi 2 bulan jek nak tamatkan hidup dekat KKS nih...
serius aku sangat tak sabar nak keluar dari bumi seremban nih...
aku sangat dan teramatlah kusut dekat sini...
3 tahun aku kat sini...aku belajar banyak benda...
aku belajar betape pentingnya mak ayah aku...
aku belajar betape berharganya sebuah persahabatan...
aku belajar betape payahnya mengejar ilmu untuk dapatkan sesuatu pekerjaan yang bukan mudah...
nursing is really tough...pekerjaan yang sangat complicated dan bukan mudah dihadapi...
aku hanya mampu berdoa...Allah dah tentukan yang terbaik untuk aku...mungkin nurse adalah pekerjaan yang dah ditakdirkan untuk aku...

terima kasih kepada awak yang dah buat saya ambil keputusan untuk belajar kat seremban nih...
saya kenang sangat jasa awak...yang dah buat saya terjurumus dalam kerjaya yang sangat watdehek nih...

terima kasih juga kepada awak yang dah ajar saya banyak benda dalam hidup nih...
ilmu, keluarga, sahabat itu lebih penting dari cinta...
people who hurt you the most actually teaching u the most about meaning of life

sorry aku sangat touching hari nih...
keep smiling k ^^

Thursday, 31 March 2011

satria NEO

pic from google

buat, 
incik yang memiliki satria neo....
walau di mane awk berade...
saye harap awak sihat sejahtera...
dan bahagia selalu ;)

cinta itu tak bermakna memiliki kan?
aishh terjiwang pulak...

Thursday, 24 March 2011

SUCKER PUNCH

assalamualaikum...
just now i went out with my best friend to watch SUCKER PUNCH


gals and guns are sucker punch!
reality is prison!
i really like this movie....very interesting...
and the action is very stunning like u stunned totally at your chair...
best gile lah! hahaha


this movie is not an animation movie...
but the cgi is just perfect ok...
the girls also smoking hot...
haha i love beautiful women!
dont think me wrong....i just love watching them...
this movie is suitable for the whole family...
as it has some meaning in it...
go n enjoy k!! ^^

Tuesday, 8 March 2011

HEARTBEAT FEVER

aha...hampir sume blog dah letak ad nih kat blog dye...
anda bile lagi?? walaupun anda tak ramai follower...income still masuk okeh...
jangan malu jangan segan join jek dan letak ad nih kat blog anda...haha

jangan risau...caranya mudah saja...


klik banner atas nih


Lepas dah klik korang tekan dekat HEARTBEAT.MY yang aku bulat kan tu






Then, click "create account"







korang isi lah form semua apa yang dia nak tu. jawab dengan jujur. then klik "I agree..." tu dan klik "continue"





Then click "Join HB.."



Klik "online application"





Isi lah semua semua ni





Korang boleh pilih nak dia buat cara pembayaran macam mana. terpulang lah kat korang nak dia bagi cek or masuk terus dalam account korang pon boleh then tekan "I agree" pastu "continue"



click "get a code" untuk dapatkan code





korang boleh pilih nak letak code yang mana yang sesuai dekat blog korang




Kalau nak cek earnings, boleh lah tekan dekat "MY HB Affiliate" ni



selamat mencuba!!!!



CONTEST! RM50 untuk dimenangi!!!

first time join contest nih....tuh pun sebab kawan baik se wad yang selalu bersusah senang ngan aku yang tag...iaitu cik mira 
ape-ape pon kite tgk lah banner dulu....


boleh lah klik nih untuk join contest nih oke....
seperti yang telah tertulis dengan terang lagi bersuluh....
contest nih adalah contest untuk blog paling simple....
whatever it is...best of luck untuk semua yang join ok!

for me:
       S - simple
I - is
      M - most
          P - popular
    L - line
      E - ever

untuk itu, saya akan tag


Monday, 7 March 2011

misi!

assalamualaikum...
misi di sini bukanlah bermaksud matlamat, misi dan visi atau sebagainye....misi di sini bermaksud panggilan masyarakat ataupun layman untuk nurse...orang dolu-dolu takpon orang-orang tua akan panggil kite nurse nih sebagai misi...
"misi ar...tolong ambikkan saya air..."
"misi...air nih (drip) dah abes..."
nak kate aku minat keje nih. takdelah sangat...dulu aku men mohon jek SPA nih akibat daripada hasutan kawan...aku pun tak tahu macam mana ALLAH leh letakkan aku dalam jawatan nurse nih...mase tahun pertame blaja...memang aku cakap aku sangatlah tension...bukan tension pasal study jek sebab sangat rumit...tapi tension gak dengan rules yang macam budak-budak sekolah asrama...sampai sekarang pun aku tetap tension gak dengan rules kolej nih....ditambah pule dengan perangai pengajar yang poyo gile dan nak torture student je kejenye....tu tak campur lagi dengan konflik dengan colleague....masalah peribadi sendiri pon jangan cerita lah....memang sangat tension....
nih mase sem 4...
tapi, bila kita buat kerja dalam wad...walaupun sesibuk mana pun wad tuh kalau dapat keje dengan staff yang sporting...mesti kita tak terasa penat langsung...serius! walaupun kau kene berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir selame 7jam straight tanpa rehat pun kau akan still steady je...tapi kalau staf atasan kau perangai cam hampeh ditambah pule dengan doktor-doktor yang keje yang membambu orang...kau akan jadi sangat stress dan malas nak pergi keje...tapi masyarakat sekeliling ni tak paham dengan keje nurse nih....tahu nak pergi buat complaint jek....cube anda semua berada di tempat kami boleh ke anda menjadi setabah kami??? mesti tak boleh sebab tu anda tak ditakdirkan untuk menjadi nurse....sebab tu tak semua orang dapat jadi nurse macam kami...hanya orang-orang yang terpilih sahaja....cube anda semua bayangkan...anda seorang tapi anda kena menjaga seramai 20 orang pesakit....adakah anda mampu? kerja kami bukan setakat nak jalan sane jalan sini jek...kami kena buat pemerhatian ke atas tanda vital anda, kami kena serve ubat untuk anda, belum lagi kami kena mandikan pesakit yang tidak berdaya setiap pagi...kami kena buat semua yang doktor arahkan...bukan sedikit tau yang doktor order tapi banyak....kami tak minta anda tolong buat kerja kami kerana kami tahu kerja kami sebab anda takkan dapat buat sesuatu kerja tuh sebagus kami....kami cuma mahu anda memahami kami....bukan marah atau menghina kami....anda hanya tahu complain "mak saya nih dah 2 hari nurse tak basuh berak...diorang nih makan gaju buta je"kenape anda sebagai anak yang dilahirkan oleh mak anda tidak membasuh berak mak anda sendiri? anda geli?? tanyalah hati anda sendiri....kami dah basuh banyak berak berpuluh-puluh berak mak orang tapi anda pernah ke mambasuh berak mak anda?

aku akan sangat terkilan dengan orang-orang yang selfish and demand pasal service kerajaan....setakat bayar tak sampai RM5 ko tak payahlah complaint banyak....kitorang tahu lah kerja kitorang....kalau nak cepat pegilah swasta pastu kau bayarlah duit yang sama harga dengan layanan yang kau dapat....tapi, percayelah cakap aku ubat-ubat hospital kerajaan nih sama jek macam ubat swasta....tapi, kadang-kadang lebih bagus dari swasta....bila dah semester 6 nih....aku dah semakin sukakan kerja aku nih...aku dah semakin lali dengan tohmahan dan cacian orang...biasalah manusia tak pernah puas dengan apa yang die ada...its ok...aku tak rugi ape pon...malah aku akan gembira bila patient yang aku rawat semakin pulih...malah ada yang ucap terima kasih dan siap berhubungan baik dengan aku sampai sekarang....aku takkan berhenti sampai sini jek...aku akan pastikan aku sambung degree dan memberi perubahan yang baik kepada bidang kejururawatan nih...
sori membebel banyak....ahahhh
latest sem 6

Thursday, 3 March 2011

review I AM NUMBER FOUR

aku cuti ari nie....bosan kan? di saat sume orang keje aku cuti, time orang cuti aku keje...
tapi takpe, mase aku cuti akan aku manafaatkan dengan keluar berjalan yang pastinye...
aku kuar ngan kak yu, g makan kat OLD TOWN...
then, yang paling penting aku g layan cite I AM NUMBER FOUR



mamat dalam cite ni sangatlah hensem dan berbadan tough ok....
tapi, i dont really like this film...
the action is good but its too melodramatic...
jalan cite die agak lambat dan mengantukkan...
so, aku bagi 3/5 bintang....
best lagi citeTHE MECHANIC


kalau orang bukan kaki wayang mesti die ingat cite nih tak best...
anggapan itu memang salah sebab cite nih aku bagi 5/5 bintang...
the mechanic di sini bukan merujuk kepada pembunuh bersiri...
tapi cara pembunuhan die memang genius!
memang best gile...even laki aku (en.khairul azhar) pun kate cite nih best...
kalo korang seorang peminat filem aksi...boleh lah layan cite nih...ok

sebenarnye aku nak tengok cite nih...


127 HOURS...ok kite tengok hero die...

james franco

dengan berbekalkan senyuman hero die yang menawan....
dan director yang hebat iaitu pernah menghasilkan cerita oscar winner, SLUMDOG MILLIONNAIRE
membuatkan rasa aku nak tengok cite nih semakin membuak-buak...
em tapi tak tahu lah aku dapat tengok ke tak nanti....

aku memang kaki wayang....
baru aku tahu apa hobi aku sekarang...
esok kerja pagi...selamat bekerja!!

pic courtesy from google

Friday, 18 February 2011

Pengalaman Bekerje Malam


selesai sudah penderitaan bekerje malam di wad disaster (8B) surgical perempuan...
ngantok nye memang gile lah wa cakap lu....
kalau balek jek mesti tido tak cukup tanah...
tapi alhamdulillah setakat nih aku masuk hidup dan bernyawa lagik....
ape-ape pon...
setakat nih aku dapat buat kesimpulan yang keje malam nih ade kebaikannya....
dan yang pasti ada juge keburukannya....
kebaikan : wad lengang, sume patient tido, doktor tak sibuk-sibuk buat round...cume kalau ada kes yang kritikal barulah doktor tuh sibuk nak attend patient...kite pon boleh wat keje rilek-rilek jek...
keburukan : ngantok...dapat eye bag...tak cukup mase nak bergayut ngan pakwe kat tepon...
macam mana nak keje malam untuk 30 tahun akan datang nih?
insya allah...tuhan akan sentiase membantu kami...

Monday, 14 February 2011

SELAMAT HARI JADI KAWAN



semalam 14 february bday membe aku....
atiqah kamarudin namenye....
sumpah aku ingat bday ko semalam tiq tapi aku bizi sangat...
bia lah aku jadi orang terakhir yang wish kat ko...
ape-ape pon di umo ko yang 22 tahun nih...
aku doakan ko akan dapat menjadi seseorang yang lebih tabah menghadapi kehidupan...
hidup nih tak selalunye indah...
jadi semasa keindahan hidup tuh datang pada kita janganlah kita lupa pada orang yang di bawah kita...
aku tau ko kuat...
ko kuat macam aku kan? hahaha
ape-ape pon...walaupun aku nih nampak macam tak caring...
aku sayang sapa-sapa jek yang pernah jadi kawan aku...
aku akan follow perkembangan korang...
kalo korang happy aku akan happy jugak...
kalo korang sedih aku pon sedih gak...
janganlah biarkan perasaan menguasai kehidupan ko...
ok babe...chill!!!!
bye...selamat berulang tahun yek...

Saturday, 12 February 2011

a&e part 2

hm ari nih hari last aku posting kat wad emergency...
sedih weh aku...
mesti lepas nih rindu gilew kat suasana wad a&e...
staff die dah la best sumenye....
dan yang paling penting dapat buat 2 prosedur yang sangat mencabar nih....
hehe 

1. INSERT BRANULA / INTRAVENOUS LINE

sejenis jarum yang berbentuk seperti ini akan dimasukkan ke dalam urat atau salur darah di tangan anda


size jarum adalah bergantung kepada orangnya...
contohnya, lelaki guna jarum hijau atau grey...
pompuan pulak guna jarum pink lah selalu...
kanak-kanak guna warna kuning atau biru...
tu pun bergantung kepada arahan dokter lah....huhuhu
korang pernah rase ke kena masuk jarum macam nih?
sakit gile weh...aku tak tipu...sebab sebelum mula cucuk kat patient aku dah try soh member aku masuk kat tangan aku...tak nak cam lebam pulak kan...huhu kesian pesakit...
tujuan line atau jarum ni dimasukkan adalah bertujuan untuk memudahkan pemberian ubatan contohnya ubatan tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya, penggantian cecair badan contohnya kepada pesakit yang banyak kehilangan cecair badan atau nama mudahnya dehydration sebab mungkin pesakit tu mengalami muntah atau diarea berpanjangan...
nak beri darah pun kita masukkan line nih jugak...ataupun kita nak ambik contoh atau sampel darah untuk di analisa...
mula-mula aku cuak jugak nak masukkan menatang nih kat tangan patient...tapi sebab ade cross...jadi aku terpaksa buat...
bile dah berjaya tuh memang seronok gile lah...rase gian jek nak set line selalu...hehe...



2. TAKING BLOOD

prosedur yang second nih pulak ramai dak2 nih suke buat tapi aku memang failed wat menatang nih...
mungkin sebab step die panjang sikit kot dari set line...huhu
mule-mule, kene pasang torniquet....


then, kena rasa-rasa urat tuh...jentik-jentik sikit bagi timbul....then barulah cucuk then aspirate darah guna syringe...


bila dah dapat amaun darah yang mencukupi...
kuarkan jarum, bukak torniquet...masukkan dalam botol spesimen...
bukak torniquet memang failed...
darah patient mesti menjejeh kuar...
adoi...failed...
kene banyak buat latihan weh....
huhuhu ok sapa volunteer nak aku amikkan darah??? ade brannn????

hehe selamat tinggal wad A&E...
moga berjumpa lagi bulan 3 nanti okeh...
dont miss me...ahaks

aku takleh tido sebenarnya nih...
risau baju kat ampaian....hahaha