Monday, 1 August 2011

semuanya dah selesai

hari ni semua masalah aku ngan borang-borang aku yang mengusutkan tuh aku dah setelkan. Medical check up (dah), surat akuan sumpah (dah), surat setuju terima tawaran (dah print), kwsp (dah register). so sekarang ni tinggal nak beli tudung baru dengan line biru tuh. kak az kata murah je bende tuh 90sen beli kat kedai kain sebab dia kun baju punye. uniform aku guna uniform masa student dulu. uniform tuh memang aku tak pakai lagi. reserve untuk kerja. huhuhu. aku nampak macam semangat nak kerja kan. sebenarnya aku memang tak semangat langsung. 

1) sebab aku dapat kerja kat kawasan johor. bukan aku tak suka johor tapi johor nih especially jb memang banyak meninggalkan kenangan pahit untuk aku. kenangan kene tinggal ngan ex pakwe. first love tuh mane boleh lupa. membe aku kat sini semua tak best. diorang tak sekepala ngan aku. diorang tau nak bangga diri je. hadoi. lagipun aku kan banyak buat jahat mestilah orang sini semua kenal aku (perasan terkenal) menyesal pulak dulu letak johor. kalau aku tahu aku tak tulis johor langsung. 

2) aku terpakse berjauhan dengan encik sayang aku. dia kerja dekat hospital kl. aku kerja kat sini. macam mana nak rapatkan hubungan nih. kl ke jb ambik masa 4-5jam jugak. hadoi penat dekat jalan je. tapi kalau ada jodoh adalah...kalau tak ada nak nanges air mata darah pun tak guna.

ingatkan raya nih nak raya sama-sama ngan dia tapi aku takut pulak aku tak dapat cuti. aku tak kisah sangat dengan raya tuh sebenarnya. kalau budak-budak lain dok memberontak nak raya tapi aku bukan mahukan itu. aku nak dapat kerja cepat sebab aku nak duit. nak beli kereta nak buat breces. nak capai impian aku. duit tu yang penting setakat raya tiap-tiap tahun pun kau raya jugak. so, ape yang nak kecoh sangat? 

maaflah sebab agak kasar di situ. apa-apa pun aku harap sangat aku tak lah dapat hospital yang management die teruk dan sister yang macam hampas. biarlah tempat tuh bizi tak apa tapi bukan dapat orang atasan yang kuat membebel. kita nak kerja lama kat situ bukan macam student dulu akan tukar-tukar wad tiap-tiap minggu. 

aish. rindu nak jadi student. riang ria aje. anyway, see u next entry. bye. 

No comments:

Post a Comment