Saturday, 4 August 2012

Perkara Paling Common Bila Nak Raya

assalamualaikum. ok aku tahu sesungguhnya aku dah lame tak update blog. tapi ade aku kisah. bukan ramai sangat pun orang nak baca blog aku. haha hari ni dah hari keberapa belas ek nak raya. aku pun tak tahu. tapi yang aku tahu raya dah nak dekat. entah kenapa ek rasa raya tahun nih macam ada tak ada je. ke aku je yang rasa macam tu sebab hati aku yang semakin tak berperasaan?? apa-apa pun bila semalam aku pergi temankan pakwe pergi Pandan Uptown, jalan jem nak gila sampai ke mana-mana, barulah aku sedar yang sesungguhnya raya dah dekat. Tapi aku sendiri tak buat apa-apa persiapan raya pun. 

gamba cilok dari google. almaklum aku fobia camera. ahak

Motip aku tulis blog hari ni sebab nak cerita perkara yang paling common sekali terjadi bila nak raya. Iaitu ACCIDENT. Bukan apa aku kan kerja dewan bedah. Kalau banyak accident secara tak langsung banyaklah orang yang masuk dewan bedah tuh. Kalau setakat patah jari, kaki retak ke aku tak kisah sangat. Ni kalau sampai Liver Injury, Intraabdominal Injury, Vascular injury datang ke dewan bedah, memang tak cukup kaki tangan lah nak handle. 



Tapi kalau benda dah nak jadi boleh ke kita menolak takdir? Kalau pun kita bawak kereta 60km/j, boleh ke kita menolak ketentuan yang Tuhan dah tulis dalam loh mahfuz tentang kematian kita? Bak kata orang malang tak berbau.

Baru-baru ni, ada kes suami isteri accident masa on the way nak beli baju raye. Suami ok la just fracture lower limb, sang isteri tu kesian. Tengah mengandung 35minggu, baby meninggal dalam rahim, plus ada liver laceration pulak. Masuk ICU. Boleh ke suami tu nak redha dan jaga isteri tu samapai dia sihat. Kalau sang suami yang sakit, insya allah sang isteri akan setia menjaga. Tapi kalau sang isteri yang sakit??? Ada lah nanti sang suami pergi cari orang lain. Aku tak cakap semua suami macam ni. Tapi aku dah biasa dengar kes macam ni.

Ok sudah lah tu membebel nanie oooiiiii...Berhati-hatilah di jalan raya ya. Ingatlah orang tersayang (padahal diri sendiri bawak kereta macam orang gile, dok mencilok sana-sini.) See you next entry. Moga puasamu hari ini diterima Allah. Amin.