Monday, 1 August 2011

saya minta maaf...

saya tahu saya loser. saya dah lama tak update blog. jadi apekah gunenye kewujudan blog ini kalau saya tak update kan. mungkin sebab saya tak ada cerita untuk diceritakan, atau mungkin juga terlalu banyak cerita yang nak diceritakan sehingga tak tahu nak mula dari mana. nak buat macam mana saya bukan blogger tegar. even blogger yang tegar pun akan mengalami masa-masa up and down macam nama blog saye nih. saya minta maaf pada semua follower saye (ceh macam banyak sangat jek orang yang follow kaw) kerana saya terpaksa mengecewakan anda semua.

anda pasti tertanya-tanya apakah perkembangan terbaru saya (perasan retis) dengan suka citanya saya memaklumkan saya dah pun diterima bekerja di sektor kerajaan di hospital di kawasan Johor. saya tahu johor besar tapi di mana ya? jawapannya saya sendiri pun tak tahu. saya betul-betul tak ada mood nak mula bekerja. kerana saya terpaksa berjauhan dengan cik sayang saya. aish masa belajar jauh masa bekerja jauh. di manakah jodoh kita, sayang? minta maaf sekali lagi kerana anda terpaksa mendengar luahan hati saya yang agak meluatkan itu.

saya hanya meminta doa restu kalian semua supaya dapat mendoakan kejayaan saya kerana di bulan mulia nih kan bagus kita saling mendoakan. aha. sekian.  

No comments:

Post a Comment