Sunday, 9 October 2011

PERKARA PALING ANNOYING

Setiap orang dari kite mesti ade perkara yang kite paling tak suka. kita akan rasa tak tahan rase cam nak marah, nak maki nak mencarut semua. ok perempuan tak baik mencarut. tapi, kita tak mampu nak menghalang perkara tuh dari berlaku. itulah definisi aku mengenai annoying. haha

Bia aku explain lebih lanjut. rumah aku dengan tempat kerja memang jauh. kena lalu jalan yang 24/7 always sibuk. mungkin disebabkan faktor jalan tuh hanya ada dua lane dan banyak kenderaan perlbagai saiz yang lalu situ. ini akan menyebabkan jammed apabila ada accident atau kenderaan mati di tengah jalan kerana secara otomatiknya jalan akan jadi 1 lane jek. 

Paling annoying adalah apabila semua manusia akan memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat accident tersebut. kalau accident beso lagilah lama mereka termenung kat situ. pehal? kau tahu tak aku nak masuk kerja awal. kang datang lambat kena perli ngan seniour!  Serta merta aku akan dijerkah di situ. aku nak datang kerja dengan mood yang baik. aishh kepada semua, aku harapkan kalau ada accident tuh korang tak payah lah nak sibuk dok tengok lama-lama. kalau korang nak tolong takpe gak. tapi tak payah lah susah-susah nak tolong kalau dah nampak ada polis atau ambulans kat situ bialah mereka buat kerja mereka ye. kasihanilah kami yang nak pi kerja nih. tq

aku tahu entry aku bosan. tapi peduli ape. aku malas nak tepek gambo.