Friday, 12 August 2011

hari ni hari gile

hai semua. assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia. haha poyo. ok setelah seminggu aku menghilang ini adalah kerana aku tengah sibuk mula bekerja sejak 8 ogos yang lalu. ingat tau tarikh keramat tu sebab tarikh tu la tarikh lantikan jawatan aku bagi Jururawat Gred U29. ye aku tau pangkat rendah je. takpelah kita mula dari bawah baru pelan-pelan kayuh naik atas. 

aku dapat penempatan dekat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. mula-mula tuh happy gak sebab ramai budak kolej aku yang dapat sini, hospital baru, parking senang, sister baik, matron tak garang, lif banyak. tapi dah nak dekat 5 hari ni baru aku rase cam perghh mantap keje kat HSI nih. jauh gile lah HSI dengan rumah aku kat Taman Tun Aminah tu. dah la bawak kereta manual. cam nak mati kot tekan clutch dengan jalan ke skudai tuh jammed je manjang. adoii kalau ade bas sure aku naik bas aje. tapi nak buat macam mana nak kena kerja kan? kenalah blaja bawak kereta walaupun agak payah sebenarnya.

tadi je kereta aku dah mati enjin kat flyover ke kipmart, Tampoi tu. gile lah. orang semua dok hon je kat belakang. tapi aku wat muke toye jek. haha pengalaman berharga siot. dan yang paling mantop sekali adalah aku telah ditugaskan menjadi nurse di Dewan Bedah (OT). best kau kata? susah kot kerja dalam tu. dulu aku posting 2 minggu aje kat OT. apa yang aku dapat kat sana? yang aku tahu banyak instrumen nak kena hafal belum macam-macam set dan setting yang aku kena tahu kalau kerja situ. kalau jadi GA nurse (jururawat bius) dengan jaga recovery room ok lagi atau jadi receptionist, aku rasa aku boleh handle lagi la. kalau aku kena srub patient, matilah aku.

korang doakan lah aku selamat ye. aku dah prepare mental aku bahawa aku akan kena mara dengan nurse seniour dan pakar. so, kalau betul-betul aku kena marah jadi aku tak adalah down sangat kan? haish susah betul lah rintangan hidup nih. korang jaga diri ok. kepada follower aku, terima kasih kerana follow blog saya yang ntah pape nih. selamat puase dan selamat berhari raye! haha

No comments:

Post a Comment