Friday, 9 September 2011

Hospital Sultan ismail, Johor Bahru

ok hari ni aku rajin. maka aku telah ambil keputusan untuk update blog. Hari ni aku nak cerita pasal Hospital Sultan ismail, JB iaitu tempat aku bekerja sekarang. Sedar tak sedar aku dah kerja sebulan kat hospital nih. Kadang-kadang rasa macam tak percaya je yang aku dah kerja sebab life aku bile dah kerja ni sama je macam student dulu, sungguh membosankan. Jadi, bagi mengelakkan aku melalut terlalu panjang bia aku cerita sikit pasal hospital nih. Kebaikannya. Keburukan watpe nak cite kan? Tak best la.

Ni dia HSI, JB. Cantik an? haa
Hospital ni diwujudkan dalam tahun 2006. Baru setahun jagung lagi hospital nih jadi tak ramai orang kenal sangat. Hospital ni terletak kat Taman Mount Austin, kat area tebrau, bersebelahan je dengan Jusco Tebrau ngan Tesco Tebrau. Haa, kalau kau gi tengok wayang kat jusco tuh jangan lupe lah kat aku yang tengah bertungkus lumus kerja kat sebelah tu. Hehe.

Kebaikan :

1. Exterior  - ok hiasan luaran atau pun bile kite nampak dari luar, hospital nih nampak macam gah gitu. Yelah, bangunan baru, nampak rapi, tersusun, jadi orang ramai punya expectation kat rawatan hospital nih memang tinggi lah. Bak kate best friend aku, Cik Reen, first impression tuh penting. Ahaa. Tapi, hiasan dalaman hospital nih pun not bad gak sebenarnya. Semuanya serba-serbi baru. Jadi, kalau kau nak masuk hospital nih pun kau tak rase segan sangat lah sebab keadaan nya yang macam ala-ala hospital swasta je.

Hospital nih siap ada Taman Herba kau. Ha kalau nak kenal herba boleh gi situ ok

2. Aircond - ok hospital nih memang fully air - conditioned. Jadi kau tak payah susah-sudah nak bawak kipas segala bagai kalau kau ke orang terdekat kau ke kene admit masuk ward. Dan kau pun tak payah nak emosi memanjang kalau kau kene tunggu giliran lama ke sebab aircond ni yang akan menyejukkan hati kau kalau kau punya servis lambat. Pandai tak hospital nih psycho kau? Ahaa.

3. Fully IT - ok hospital nih jugak adalah dalam kategori canggih sebab sistem di sini adalah fully IT. Susah kau nak nampak staf-staf kat hospital nih dok tulis-tulis kat kertas sebab semuanya diorang gunakan laptop atau komputer untuk rekodkan segala documentation. Jadi, bile kau dapat rawatan kat sini kau akan rasa macam kat dalam cite i-Robot atau dalam cerita orang putih yang canggih-canggih lagi. Ya, aku tahu contoh aku agak ketinggalan zaman tapi aku tak boleh nak pikir contoh lain.

4. Tempat parking - ok komponen nih memang penting ok. Kalau kau pergi hospital yang parking dia susah gile nak dapat aku pasti kau akan rasa macam tensen gile. Yelah, family kau sakit kat dalam tuh pastu parking susah gile nak dapat, kalau dapat pun jauh gile. Tensen tau? Kau tak caya nanti kalau family kau masuk hospital tapi parking kat situ tak banyak time tuh lah kau akan ingat kata-kata aku nih.

5. Yang paling penting sekali, hospital nih belum dipenuhi dengan pesakit sangat dia tak macam hospital sultanah aminah yang kat bandar tu. Yelah kawasan ni kan masih baru lagi. Jadi, ramai gak orang yang memilih untuk dapat rawatan kat sini disebabkan rawatan yang akan diberikan lebih cepat kerana kurangnya waiting list. Ini betul sebab ramai ibu-ibu memilih untuk bersalin di hospital ni sebab kalau bersalin kat sini semua orang akan beri perhatian kat kau. Cube kau gi bersalin kat HSA, mau tak kau kena bersalin sorang-sorang sebab staf lain kena attend patient yang lain yang ramai tu. Em kau pikirlah sendiri kau dah besar kan? Ahaa.  

6. Haa lagi satu aku terlupa, hospital nih adalah hospital mesra ibadah. Tiap-tiap tingkat dalam hospital ni ada surau jadi jangan gusar jangan risau nak solat mana, sebab di sini banyak gila surau. 

Ok setakat tu saja lah info yang aku dapat kongsi tentang hospital nih. tapi, serius masa aku first time kerja sini aku rasa macam perghhh hebat gak hospital nih. Maklumlah dulu aku posting kat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yang buruk tuh jek. Haha. 

OK. see u next entry. Take care. 
*all pics are from google. 





No comments:

Post a Comment