Friday, 24 June 2011

Melaka Trip Day 1

Day 1
Macam yang aku telah hebahkan bahwa aku telah pergi bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah bersama dengan 2 orang BFF aku. Pas habis LJM ngan prom night tu, kitorang pergi keesokan harinya. Kitorang pergi naek public transport je sebab nak feel ala-ala Qi dalam Destinasi Bajet. Hahau. Kang dah keje lain cite ar skang nih baru je student. Eh student ke? Ntahlah. Pape pun perjalanan dimulakan pada seawal jam 11 pagi. Amik bas ke Melaka Sentral dari Terminal One. Tak mahal pun tiketnya cuma RM7.90 sahaja. Kalau naik kereta tak ke kene bayar minyak dan tol bagai total sume mesti lam 100 lebih an? So, jimat. Perjalanan dari Seremban ke Melaka adalah dalam 1 jam. 

Sampai je kat Melaka kitorang gerak ke bandar hilir pun naek bas jugak, cuma berharga RM1 je. Jimat lagi. Sampai bandar hilir tu terus carik hotel pegi check in. Kitorang bermalam kat hotel Sri Pelangi. 2 malam RM200. Mahal ke? Ntahlah aku rasa ok je sebab bilik hotel tuh nice. Tandas pun nice. Makcik dan keluarganya pun sangat-sangat lah nice. Siap bagitahu lagi mana jalan yang best kat area situ. Dapat je check in, trus mandi, tido jap n bersiap untuk keluar.
  
Tempat pertama yang kitorang tuju adalah restoran ape benda ntah kat Pahlawan Walk. Makan asam pedas ikan pari memang terbaik. Nasi dengan air sume total RM8. Hm. Memang bajet. (Cakap dalam nada ala-ala Qi) Then, dah melantak tuh trus lah meneruskan perjalanan ke Muzium Kecantikan. Kitorang masuk time tuh dah pukul 4.30pm. Muzium tuh tutup pukul 5.30pm ye kengkawan tapi dok sibuklah orang penjaga muzium tuh soh kitorang cepat-cepat kuar. Tulah attitude pekerja kerajaan. Pergi kerja lambat tapi balik nak cepat. Takpe lah mungkin dia nak balik cepat sebab ada hal kot (berbaik sangka) Muzium nih not bad jugak sebenarnya. Maklumat yang dia tunjukkan menarik jugak sebab dia bagitahu macam mana orang suku kaum asli kat afrika tuh pakai gelang kat leher, bertatu dengan cara mereka. Bagi kita huduh tapi bagi diorang cantik. Oh ya, masuk muzium nih kena bayar RM2.

Muzium of Beauty. Nilah BFF aku. Kak Ayu n Cik Reen
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke A Famosa. Kubu yang dibina oleh portugis adalah sebenarnya sebuah gereja dan sewaktu peperangan  berlaku, gereja ini terus dijadikan sebuah kubu dan di dalamnya pula terdapat banyak kubur para pejuang portugis namun kesemua mayat mereka telah dihantar ke negara asal mereka sebelum kota ini dibuka untuk dijadikan tempat pelancongan. Ni sume kak rin yang cite sebab aku dah tak larat naik tangga yang berbatu-batu, so aku hanya dok kat tepi tangga tuh menghadap ke selat melaka. Angin sepoi-sepoi sedap kot. Tapi, yang aku sangat pelik kat kawasan A Famosa dan sekitarnya nih memang banyak miaw yang comel-comel. Terutamanya yang kaler kuning memang ramai;. Rasa cam nak bawak balik JB jek. Meh miaw ikut kakak balik johor. Tapi aku tak berani nak amik sebab mak depa dok lah jaga anak dia kat tepi tuh sambil memerhatikan aku. Haha.


kota A Famosa 

Destinasi seterusnya adalah Muzium Samudera. Muzium yang dibina di dalam sebuah kapal yang dimiliki oleh tentera belanda kalau tak salah aku lah. Aku bab sejarah nih memang otak aku susah sikit nak serap. So, masuk dalam kapal nih kitorang memang feeling abis macam tengah berada dalam kapal Black Pearl milik Jack Sparrow. Masuk Muzium nih anda dikenakan bayaran RM3. Puas hati kot sebab suasana muzium dan kapal nih memang best. Dia siap ada muzium ekstra kat bawah tuh dan lagi satu Muzium TLDM. tapi kitorang pergi keesokan harinya sebab dia tutup ofis hour. Sebelum gi muzium samudera nih kitorang sempat lepak dulu kat tepi sungai yang boleh naik River Cruise tuh. Habis je tawaf satu muzium kitorang pun balik lah umah sebab nak rehat. Malam nih kitorang nak keluar gi tengok movie kat Dataran Pahlawan Mall pulak. Tengok cite KL GANGSTER ngan 3, 2, 1 cinta. 

Jack Sparrow n Captain Barbossa
Malamnya pulak, kitorang amik kesempatan untuk pergi naik Menara Taming Sari. Harga nak naik benda nih adalah RM10. Masa untuk berada kat atas tuh adalah 10 minit dan anda dibekalkan dengan muffin dan air kotak. Jadi tak payah nak sibuk bawak makanan luar pastu buang merata tempat. Memang cantik pemandangan malam tuh. Setinggi 150 kaki (aku men bantai je nih) berada di angkasa dan melihat pemandangan serata Melaka memang best kot. Satu perkataan je. Indah. Dah habis tuh teruslah gi dinner kat Old Town White Coffe sebelum masuk wayang. 

ni kat Menara Taming Sari. aku tak amik gamba. sebab aku gayat. =.=
Cita KL Gangster tuh aku dah tengok dulu kat The Curve ngan encik Khairul Azhar tapi kali nih nampak lebih real lah sebab aku bawak spec. Hau. Lepas tuh tengok midnight show punye. Lagi la feel. hehe. Cita 3,2,1 cinta pulak, not bad. Dia berjaya buat aku tak mengantok walaupun time tuh tengah malam pukul 12 malam waktu aku tido sepatutnya. Pelakon dia sume pandailah bawak watak. Farid Kamil yang ensem. Piere Andre yang serabi bertukar ensem. AHa! Boleh lah tahan. 

Habis muvee trus je pulang ke hotel. Jarak hotel dari Dataran pahlawan bukan jauh pun. 10 minit je jalan. So, nanti kita cerita pasal day 2 pulak k. bye! 

*aku tatau lah nape aku rase kamera aku punye quality cam tak ok jek. =.= kusut

kerjaya dalam bidang kejururawatan

sewaktu aku sedang menghasilkan entry ni aku tengah dok bersantai-santai kat katil empuk di dalam salah sebuah hotel di Melaka. Semalam dah jalan-jalan kat satu bandar Melaka nih. Malam tuh siap boleh layan midnight movie KL GANGSTER ngan 3, 2, 1 CINTA. Perangai membalun 2, 3 wayang tetap tak boleh dibuang walau dimana pun aku berada. tapi hari ni aku bukan nak buat review muvie ataupun nak bercerita pasal trip aku gi Melaka nih. Aku just share pengalaman aku sepanjang masuk dalam bidang kejururawatan. Hal ini adalah kerana seorang adik kepada BFF aku sedang dalam dilema sama ada ingin melanjutkan pelajaran jadi jururawat atau mengambil course buangan di universiti.

Aku bukan nak membangga diri tapi aku rasa sangat bersyukur tuhan masih sayangkan aku dengan menentukan masa depan aku dalam bidang kejururawatan nih. Aku tak tipu tapi market nurse ni memang tinggi. Walau kat ceruk mana kau berada dalam dunia ni, people will still needs u. Contohnya, kalau kau dah bosan kerja Malaysia nih, kau amik pengalaman bak 7 - 8 tahun di Malaysia, then kau pergilah kerja kat Arab ke kat Mesir ke, gaji kau dah boleh cecah RM 10 - 15K dalam sebulan. Kalau tak nak pergi jauh pun join je hospital swasta ke gaji kau tetap tinggi. Sekarang kan ramai orang makan banyak lepastu sakit dok lah merengek-rengek kat hospital tuh. Jangan risau kerja kau memang takkan terjejas.

Mengenai trend remaja yang berebut-rebut nak masuk university, nak sambung study sampai peringkat tertinggi, aku takde masalah pun dengan semua tu. Memang niat kalian nak sambung blajar sampai PHD aku sangat galakkan tapi kalau ada peluang lebih baik di depan mata, peluang untuk korang sambung belajar tanpa memerlukan ibu bapa untuk mengeluarkan sesen pun untuk korang sambung belajar nape korang nak sia-siakan peluang tuh? Honestly kerja kerajaan nih bukan best pun. Tapi adalah satu pelaburan masa depan yang paling baik sekali. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Macam lecturer aku penah cakap masa last day kitorang jumpa dia. Dia reveal yang dia sendiri masuk nursing nih memang sebab terpaksa padahal dulu dia dapat course pendidikan. Tapi bila sekarang nih, umur da semakin meningkat, husband dia mula sakit-sakit barulah dia rasa nursing nih memang sangat bermakna. Banyak pengetahuan yang kita dapat sedangkan layman tak dapat. Bukan mudah tau nak dapat perkhidmatan di hospital malah korang kena bayar mahal kalau pergi hospital swasta. Tapi dengan menjadi seorang nurse, korang dapat buat semua perawatan tu sendiri di rumah. Amacam? Haha.

*entry nih dah dihasilkan minggu lepas masa aku dok bercuti kat melaka tapi sekarang baru sempat post. Broadband baru bayar. Hehe. See u next entry.

Tuesday, 14 June 2011

MERDEKA!!!

Akhirnya saat yang aku nanti-nantikan daripada semester 1 telah termakbul jua. Exam lembaga aku dah selesai. 100 soalan aku dapat habiskan menjawabnya. Jaya tak jaya tuh belakang cerita kot. Yang penting pasnih duduk rumah boleh bangun lambat boleh makan banyak-banyak, boleh lenjan tengok tibi dari kol 6 pagi sampai 6 pagi besoknya. Huhu. Heaven! Boleh lah menggemokkan badan dan belajar masak mase cuti ni nanti. Mengenai panggilan kerja tu aku tak tau lah bila aku akan dipanggil. 

Ada rumors cakap sebelum raya ada yang cakap selepas raya. Tak tau lagi sebab kerajaan memang sedang mengalami kegawatan. Mungkin kita semua tak perasan tapi tanyalah orang-orang yang dah kerja. Terutamanya mak ayah kita mesti mereka sedang merasai kegawatan tuh. Jadi bawaklah berjimat cermat. Jangan membazir sangat. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Mengenai konvokesyen pulak, puan kata somewhere bulan 12 nanti. Tapi korang nak tau kat mana? Kat Ulu Kinta, Perak. HAH! Bukan maen nganga lagi budak kelas aku. Haha. Lawak lah korang nih. Jauh gila 
kot. Aku rase last aku gi Perak mase aku kecik kemetot je dulu mase ikut ayah aku tengok tapak projek. Aku doalah time tuh aku dah dapat kerja aku leh support mak ayah aku gi sane. Boleh bercuti sekali an? Eheh. Takpe kita lupakan je dulu mengenai konvokesyen tuh yang rasenye jauh lagi masenye. 

Besok adalah kitorang budak 2/2008 punya malam dinner. Prom night la. Temanya "Glamorous Masquarade Party". Amacam gempak tak? Mestilah gempak. Budak 2/2008 memang sentiasa gempak kot. Haha. Baju prom ngan mask aku sume dah settle. Just nak datang untuk makan, enjoy dan dapat hadiah jek. Yeay! Bestnya! tak sabar rasenye! Hehe. Nanti aku update balek k. Bye!

*Hari Jumaat nih nak gi bercuti kat Melake ngan BFF. Tak sabar rasenye. ^_^


Monday, 13 June 2011

exam Lembaga Jururawat Malaysia

esok 15 Jun 2011 adalah tarikh yang paling bersejarah dalam hidup aku kerana esok adalah exam Lembaga Jururawat Malaysia ataupun Nursing Board Exam. Exam nih same je macam exam-exam lain kat dunie nih. cumenye ia adalah sangat penting untuk aku sebab kalau aku tak lulus nih segala pengorbanan, titik peluh keringat darah selama aku duduk kat seremban nih akan sia-sia sahaja. Bak mencurah air ke daun keladi. Boleh?? Pentinglah. Sume exam yang akan kita lalui adalah sangat penting bagi kita sume. Jadi aku sangat berharap korang semua akan berdoa same-same ngan aku. To all my batch 2/2008 seramai 71orang yang bakal menjadi misi-misi yang cun, buat yang terbaik ok. semoga segala dugaan dan cabaran yang kita lalui sepanjang latihan ni dapat terbayar dengan kejayaan kita. All the best! love u all !

Gamba nih masa kursus induksi minggu lepas. Kursus bagi melayakkan kita masuk ke dalam sektor kerajaan. wa cakap lu kursus nih memang meletihkan sebab assignment memang bertubi-tubi. tapi satu benda yang aku belajar dalam kursus nih ialah kerajaan banyak habiskan duit sebenarnya kepada perkembangan negara. 

Kita kena taat kepada kerajaan kita. Mungkin ada anggap kerajaan nih songlap duit rakyat. bukan kerajaan yang songlap duit tapi individu di dalam kerajaan tuh sendiri yang tak amanah. 

Pengambilan pekerja dalam sektor kerajaan dah dimansuhkan setakat nih. rugilah sesiapa yang sangat beriya nak keje dengan kerajaan. bersyukurlah dengan apa yang anda dah dapat sekarang.