Friday, 24 June 2011

Melaka Trip Day 1

Day 1
Macam yang aku telah hebahkan bahwa aku telah pergi bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah bersama dengan 2 orang BFF aku. Pas habis LJM ngan prom night tu, kitorang pergi keesokan harinya. Kitorang pergi naek public transport je sebab nak feel ala-ala Qi dalam Destinasi Bajet. Hahau. Kang dah keje lain cite ar skang nih baru je student. Eh student ke? Ntahlah. Pape pun perjalanan dimulakan pada seawal jam 11 pagi. Amik bas ke Melaka Sentral dari Terminal One. Tak mahal pun tiketnya cuma RM7.90 sahaja. Kalau naik kereta tak ke kene bayar minyak dan tol bagai total sume mesti lam 100 lebih an? So, jimat. Perjalanan dari Seremban ke Melaka adalah dalam 1 jam. 

Sampai je kat Melaka kitorang gerak ke bandar hilir pun naek bas jugak, cuma berharga RM1 je. Jimat lagi. Sampai bandar hilir tu terus carik hotel pegi check in. Kitorang bermalam kat hotel Sri Pelangi. 2 malam RM200. Mahal ke? Ntahlah aku rasa ok je sebab bilik hotel tuh nice. Tandas pun nice. Makcik dan keluarganya pun sangat-sangat lah nice. Siap bagitahu lagi mana jalan yang best kat area situ. Dapat je check in, trus mandi, tido jap n bersiap untuk keluar.
  
Tempat pertama yang kitorang tuju adalah restoran ape benda ntah kat Pahlawan Walk. Makan asam pedas ikan pari memang terbaik. Nasi dengan air sume total RM8. Hm. Memang bajet. (Cakap dalam nada ala-ala Qi) Then, dah melantak tuh trus lah meneruskan perjalanan ke Muzium Kecantikan. Kitorang masuk time tuh dah pukul 4.30pm. Muzium tuh tutup pukul 5.30pm ye kengkawan tapi dok sibuklah orang penjaga muzium tuh soh kitorang cepat-cepat kuar. Tulah attitude pekerja kerajaan. Pergi kerja lambat tapi balik nak cepat. Takpe lah mungkin dia nak balik cepat sebab ada hal kot (berbaik sangka) Muzium nih not bad jugak sebenarnya. Maklumat yang dia tunjukkan menarik jugak sebab dia bagitahu macam mana orang suku kaum asli kat afrika tuh pakai gelang kat leher, bertatu dengan cara mereka. Bagi kita huduh tapi bagi diorang cantik. Oh ya, masuk muzium nih kena bayar RM2.

Muzium of Beauty. Nilah BFF aku. Kak Ayu n Cik Reen
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke A Famosa. Kubu yang dibina oleh portugis adalah sebenarnya sebuah gereja dan sewaktu peperangan  berlaku, gereja ini terus dijadikan sebuah kubu dan di dalamnya pula terdapat banyak kubur para pejuang portugis namun kesemua mayat mereka telah dihantar ke negara asal mereka sebelum kota ini dibuka untuk dijadikan tempat pelancongan. Ni sume kak rin yang cite sebab aku dah tak larat naik tangga yang berbatu-batu, so aku hanya dok kat tepi tangga tuh menghadap ke selat melaka. Angin sepoi-sepoi sedap kot. Tapi, yang aku sangat pelik kat kawasan A Famosa dan sekitarnya nih memang banyak miaw yang comel-comel. Terutamanya yang kaler kuning memang ramai;. Rasa cam nak bawak balik JB jek. Meh miaw ikut kakak balik johor. Tapi aku tak berani nak amik sebab mak depa dok lah jaga anak dia kat tepi tuh sambil memerhatikan aku. Haha.


kota A Famosa 

Destinasi seterusnya adalah Muzium Samudera. Muzium yang dibina di dalam sebuah kapal yang dimiliki oleh tentera belanda kalau tak salah aku lah. Aku bab sejarah nih memang otak aku susah sikit nak serap. So, masuk dalam kapal nih kitorang memang feeling abis macam tengah berada dalam kapal Black Pearl milik Jack Sparrow. Masuk Muzium nih anda dikenakan bayaran RM3. Puas hati kot sebab suasana muzium dan kapal nih memang best. Dia siap ada muzium ekstra kat bawah tuh dan lagi satu Muzium TLDM. tapi kitorang pergi keesokan harinya sebab dia tutup ofis hour. Sebelum gi muzium samudera nih kitorang sempat lepak dulu kat tepi sungai yang boleh naik River Cruise tuh. Habis je tawaf satu muzium kitorang pun balik lah umah sebab nak rehat. Malam nih kitorang nak keluar gi tengok movie kat Dataran Pahlawan Mall pulak. Tengok cite KL GANGSTER ngan 3, 2, 1 cinta. 

Jack Sparrow n Captain Barbossa
Malamnya pulak, kitorang amik kesempatan untuk pergi naik Menara Taming Sari. Harga nak naik benda nih adalah RM10. Masa untuk berada kat atas tuh adalah 10 minit dan anda dibekalkan dengan muffin dan air kotak. Jadi tak payah nak sibuk bawak makanan luar pastu buang merata tempat. Memang cantik pemandangan malam tuh. Setinggi 150 kaki (aku men bantai je nih) berada di angkasa dan melihat pemandangan serata Melaka memang best kot. Satu perkataan je. Indah. Dah habis tuh teruslah gi dinner kat Old Town White Coffe sebelum masuk wayang. 

ni kat Menara Taming Sari. aku tak amik gamba. sebab aku gayat. =.=
Cita KL Gangster tuh aku dah tengok dulu kat The Curve ngan encik Khairul Azhar tapi kali nih nampak lebih real lah sebab aku bawak spec. Hau. Lepas tuh tengok midnight show punye. Lagi la feel. hehe. Cita 3,2,1 cinta pulak, not bad. Dia berjaya buat aku tak mengantok walaupun time tuh tengah malam pukul 12 malam waktu aku tido sepatutnya. Pelakon dia sume pandailah bawak watak. Farid Kamil yang ensem. Piere Andre yang serabi bertukar ensem. AHa! Boleh lah tahan. 

Habis muvee trus je pulang ke hotel. Jarak hotel dari Dataran pahlawan bukan jauh pun. 10 minit je jalan. So, nanti kita cerita pasal day 2 pulak k. bye! 

*aku tatau lah nape aku rase kamera aku punye quality cam tak ok jek. =.= kusut

No comments:

Post a Comment