Tuesday, 14 June 2011

MERDEKA!!!

Akhirnya saat yang aku nanti-nantikan daripada semester 1 telah termakbul jua. Exam lembaga aku dah selesai. 100 soalan aku dapat habiskan menjawabnya. Jaya tak jaya tuh belakang cerita kot. Yang penting pasnih duduk rumah boleh bangun lambat boleh makan banyak-banyak, boleh lenjan tengok tibi dari kol 6 pagi sampai 6 pagi besoknya. Huhu. Heaven! Boleh lah menggemokkan badan dan belajar masak mase cuti ni nanti. Mengenai panggilan kerja tu aku tak tau lah bila aku akan dipanggil. 

Ada rumors cakap sebelum raya ada yang cakap selepas raya. Tak tau lagi sebab kerajaan memang sedang mengalami kegawatan. Mungkin kita semua tak perasan tapi tanyalah orang-orang yang dah kerja. Terutamanya mak ayah kita mesti mereka sedang merasai kegawatan tuh. Jadi bawaklah berjimat cermat. Jangan membazir sangat. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Mengenai konvokesyen pulak, puan kata somewhere bulan 12 nanti. Tapi korang nak tau kat mana? Kat Ulu Kinta, Perak. HAH! Bukan maen nganga lagi budak kelas aku. Haha. Lawak lah korang nih. Jauh gila 
kot. Aku rase last aku gi Perak mase aku kecik kemetot je dulu mase ikut ayah aku tengok tapak projek. Aku doalah time tuh aku dah dapat kerja aku leh support mak ayah aku gi sane. Boleh bercuti sekali an? Eheh. Takpe kita lupakan je dulu mengenai konvokesyen tuh yang rasenye jauh lagi masenye. 

Besok adalah kitorang budak 2/2008 punya malam dinner. Prom night la. Temanya "Glamorous Masquarade Party". Amacam gempak tak? Mestilah gempak. Budak 2/2008 memang sentiasa gempak kot. Haha. Baju prom ngan mask aku sume dah settle. Just nak datang untuk makan, enjoy dan dapat hadiah jek. Yeay! Bestnya! tak sabar rasenye! Hehe. Nanti aku update balek k. Bye!

*Hari Jumaat nih nak gi bercuti kat Melake ngan BFF. Tak sabar rasenye. ^_^


No comments:

Post a Comment