Friday, 24 June 2011

kerjaya dalam bidang kejururawatan

sewaktu aku sedang menghasilkan entry ni aku tengah dok bersantai-santai kat katil empuk di dalam salah sebuah hotel di Melaka. Semalam dah jalan-jalan kat satu bandar Melaka nih. Malam tuh siap boleh layan midnight movie KL GANGSTER ngan 3, 2, 1 CINTA. Perangai membalun 2, 3 wayang tetap tak boleh dibuang walau dimana pun aku berada. tapi hari ni aku bukan nak buat review muvie ataupun nak bercerita pasal trip aku gi Melaka nih. Aku just share pengalaman aku sepanjang masuk dalam bidang kejururawatan. Hal ini adalah kerana seorang adik kepada BFF aku sedang dalam dilema sama ada ingin melanjutkan pelajaran jadi jururawat atau mengambil course buangan di universiti.

Aku bukan nak membangga diri tapi aku rasa sangat bersyukur tuhan masih sayangkan aku dengan menentukan masa depan aku dalam bidang kejururawatan nih. Aku tak tipu tapi market nurse ni memang tinggi. Walau kat ceruk mana kau berada dalam dunia ni, people will still needs u. Contohnya, kalau kau dah bosan kerja Malaysia nih, kau amik pengalaman bak 7 - 8 tahun di Malaysia, then kau pergilah kerja kat Arab ke kat Mesir ke, gaji kau dah boleh cecah RM 10 - 15K dalam sebulan. Kalau tak nak pergi jauh pun join je hospital swasta ke gaji kau tetap tinggi. Sekarang kan ramai orang makan banyak lepastu sakit dok lah merengek-rengek kat hospital tuh. Jangan risau kerja kau memang takkan terjejas.

Mengenai trend remaja yang berebut-rebut nak masuk university, nak sambung study sampai peringkat tertinggi, aku takde masalah pun dengan semua tu. Memang niat kalian nak sambung blajar sampai PHD aku sangat galakkan tapi kalau ada peluang lebih baik di depan mata, peluang untuk korang sambung belajar tanpa memerlukan ibu bapa untuk mengeluarkan sesen pun untuk korang sambung belajar nape korang nak sia-siakan peluang tuh? Honestly kerja kerajaan nih bukan best pun. Tapi adalah satu pelaburan masa depan yang paling baik sekali. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Macam lecturer aku penah cakap masa last day kitorang jumpa dia. Dia reveal yang dia sendiri masuk nursing nih memang sebab terpaksa padahal dulu dia dapat course pendidikan. Tapi bila sekarang nih, umur da semakin meningkat, husband dia mula sakit-sakit barulah dia rasa nursing nih memang sangat bermakna. Banyak pengetahuan yang kita dapat sedangkan layman tak dapat. Bukan mudah tau nak dapat perkhidmatan di hospital malah korang kena bayar mahal kalau pergi hospital swasta. Tapi dengan menjadi seorang nurse, korang dapat buat semua perawatan tu sendiri di rumah. Amacam? Haha.

*entry nih dah dihasilkan minggu lepas masa aku dok bercuti kat melaka tapi sekarang baru sempat post. Broadband baru bayar. Hehe. See u next entry.

No comments:

Post a Comment